Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

128) MENGENAKAN CAJ UNTUK BEG PLASTIK

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah reaksi awam terhadap polisi ini?

    Berdasarkan respon daripada pelbagai media massa  dan  media  sosial,  antara reaksi positif dan negatif yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

    1. Para pengguna menyatakan kempen ini dilaksanakan dengan tempoh yang drastik dan pengguna serta peniaga tidak mempunyai  tempoh yang mencukupi untuk bersedia dengan
    2. Kebergantungan kepada penggunaan beg plastik dan tiada bahan alternatif
    3. Kurang pemahaman dan pengetahuan berhubung matlamat
    4. Pengguna turut menyatakan rasa terbeban dengan caj kutipan RM0.20 bagi setiap penggunaan beg plastik serta mempersoalkan penyaluran kutipan caj RM0.20
  2. Apakah tindakan Kerajaan untuk menangani reaksi negatif jika ada?

    Pada permulaan pelaksanaan kempen, terdapat juga isu-isu negatif yang ditimbulkan oleh masyarakat melalui media massa  dan  media    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna telah menubuhkan satu pasukan media bagi memberikan respon segera ke atas isu-isu negatif yang banyak dibangkitkan di media massa. Selain itu, program penerangan dan pendidikan juga turut dilaksanakan di  dalam  beberapa program anjuran kerajaan negeri dan  PBT  bagi  memberikan  lebih pendedahan kepada pengguna.

  3. Apakah program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum menguatkuasakan dasar yang bermula pada 1-1-2017?

    Sebelum pelaksanaan Kempen Bebas Plastik dan Polistirena di laksanakan pada 1 Januari 2017, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan beberapa buah program yang membudayakan aktiviti pengurangan penggunaan beg plastik dan polistirena serta aktiviti kepenggunaan yang lain seperti berikut:

    BIL PROGRAM TAHUN AKTIVITI
    1 Program Pengurangan Penggunaan Polistirena dan Beg Plastik di Gerai dan Kafeteria Bangunan

    Kerajaan

    2011 Program ini dilaksanakan pada setiap hari Isnin dan Jumaat, di mana penjawat awam digalakkan untuk membawa bekas makanan sendiri dan

    plastik sendiri

    2 Program Bazar Ramadhan Mampan 2013 –

    2016

    Empat PBT telah dipilih bagi setiap tahun 2013-2015 untuk melaksanakan program ini, manakala pada tahun 2016 program dilaksanakan  di seluruh                       PBT           dengan

    menekankan                                            aspek pengurangan penggunaan beg plastik dan                      larangan

    penggunaan polistirena

    3 Program Jelajah Pengguna 2016 Program ini dilaksanakan di semua PBT untuk  memberi lebih       penerangan              dan pendidikan kepenggunaan di samping  aktiviti  kesedaran alam sekitar dan amalan kitar

    semula.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.