Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

7) MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN BOLASEPAK SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sebab sejak 2005 pasukan bola sepak Selangor gagal menjadi juara Piala Malaysia?

    Sukan bolasepak adalah sukan yang paling berprestij di mana-mana Negara. Di Malaysia, sukan ini juga tidak kurang hebatnya walaupun di peringkat antarabangsa Malaysia bukanlah pasukan ‘favourite’ bagi Negara-negara maju khasnya di peringkat Asia. Manakala di Selangor bolasepak terkenal dengan gelaran Red Giant dan Selangor juga pernah menjadi kuasa besar sukan bolasepak suatu ketika dahulu.

    Kerajaan negeri melihat kegagalan pasukan bola sepak Selangor gagal menjadi juara Piala Malaysia dari segi pelbagai aspek termasuk dari segi pengurusan kewangan, pengurusan pasukan, jurulatih, pemilihan pemain dan sebagainya. Ini termasuklah persaingan pasukan lain dalam penambahan dana dan tajaan. Walau bagaimanapun perkara ini kerajaan negeri perlulah melihat semua aspek punca kegagalan pasukan tersebut bukan menuding jari kepada seseorang bagi mencari kesalahan disebabkan kegagalan tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian menyeluruh dari segi aspek perlu dibuat bagi memastikan pasukan bola sepak Selangor standing dengan pasukan bola sepak negeri lain seperti Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT).

  2. Apakah rancangan kerajaan melalui FAS untuk membangunkan semula pasukan bola sepak Selangor?

    Kerajaan negeri melalui FAS perlu mengkaji semula perancangan dari semua aspek yang rapi bagi membangunkan semula pasukan bola sepak Selangor oleh kerana perancangan ini perlu pemerhatian lebih teliti oleh kerana perkara- perkara ini perlu melibatkan semua pihak.

  3. Apakah program-program yang akan dilaksanakan dan berapakah dana yang diperuntukkan bagi tujuan ini?

    Pihak kerajaan negeri melalui FAS dalam perancangan untuk melaksanakan bebarapa program bagi memantapkan pasukan bola sepak Selangor pada masa akan datang dan ini melibatkan perancangan yang rapi serta peruntukan yang besar bagi mewujudkan pasukan yang mantap serta pembangunan bola sepak Selangor dapat dijalankan dengan lebih FAS bukan sahaja menumpukan pasukan bolasepak, malah pasukan lain seperti futsal lelaki dan wanita, bolasepak wanita dan bolasepak pantai lelaki dan wanita.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.