Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

23) MENGATASI SISTEM PENGURUSAN PANGSAPURI YANG MASIH BERMASALAH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kajian terperinci telah dibuat tentang masalah pengurusan pangsapuri terutama kos rendah?

    Kerajaan Negeri telah mengenalpasti punca-punca masalah pengurusan pangsapuri terutama kos rendah adalah seperti berikut:

     

    1. Pemilik belum bersedia dan tidak banyak medium pendedahan/pendidikan mengenai pengurusan pangsapuri adalah “tanggungjawab bersama semua pemilik” bukan tanggungjawab

     

    1. Kadar kutipan caj penyenggaraan sangat rendah sekitar 20% sehingga 40% di samping kadar vandalisme dan kadar unit rumah disewakan yang tinggi menyebabkan sumber kewangan sentiasa tidak mencukupi untuk menguruskan pangsapuri kos rendah khususnya lif yang berulang kali rosak.

     

    • Konsep pembangunan pangsapuri yang memberi impak kepada kos perbelanjaan pengurusan yang tinggi seperti berikut:

     

    • Jumlah densiti sehingga melebihi 800 unit bagi konsep pembangunan pangsapuri kos rendah yang ada lif dan tempat letak kereta bertutup (melibatkan penggunaan elektrik) di Pangsapuri Sri Nilam

     

    • Jumlah densiti yang kurang daripada 200 unit bagi konsep pembangunan pangsapuri  kos   rendah   yang   ada   lif   seperti   di Pangsapuri Cengal,
  2. Bagaimanakah dan bilakah kerajaan akan menggunakan kaedah berkesan melibatkan pimpinan tempatan terutama ADN untuk penyelesaian tuntas?

    Kerajaan Negeri masih dalam kajian untuk menentukan kaedah-kaedah berkesan untuk membantu pangsapuri kos rendah yang mempunyai masalah pengurusan kos rendah. Walau bagaimanapun, kertas cadangan akan dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek perintis Skim Memberdayakan Komuniti (K-Squad) bermula tahun 2016. Antara pelan tindakan K-Squad adalah seperti berikut:

     

    • Melantik ejen pengurusan untuk menguruskan pangsapuri kos rendah selama setahun disamping melaksanakan tugas-tugas berikut:

     

    • Menyediakan laporan komprehensif mengenai cadangan pelan baikpulih bangunan pangsapuri mengikut keutamaan jenis kerosakan bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang beserta kos yang terlibat dan penetapan kadar caj penyenggaraan yang

     

    • Membuat bancian mengenai tahap kemampuan penduduk untuk membayar kadar caj penyenggaraan yang ideal yang ditetapkan.

     

    Pangsapuri yang dikenalpasti sebagai projek perintis K-Squad bagi tahun 2016 adalah Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya dan Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.