Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

305) MENDIRIKAN BALAI BOMBA DI DUSUN TUA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dusun Tua terpaksa menunggu bantuan sekitar Kajang, Bandar Tun Hussein Onn ataupun daripada Ampang sekiranya berlaku kemalangan, kebakaran yang memerlukan khidmat bomba. Adakah cadangan membina kemudahan tersebut?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedia maklum perkara berkenaan dan Jabatan dalam proses untuk mengenalpasti tapak untuk kegunaan Balai Bomba. Jabatan juga telah merujuk Pejabat Tanah Hulu Langat bagi membincangkan lokasi yang sesuai untuk tapak Balai Bomba di Kawasan berkenaan. Sehungan dengan itu, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, terdapat Pasukan Bomba Sukarela Nanding dengan jarak 5.4km / 9 minit untuk sampai ke Dusun Tua.

  2. Sekiranya ada, dimanakah lokasi tersebut?

    Buat masa ini, Jabatan belum mendapat lokasi yang bersesuaian untuk membina kemudahan balai bomba di kawasan Dusun Tua.

  3. Bilakah cadangan pembinaan?

    Permohonan cadangan pembinaan balai bomba boleh dibuat setelah selesai proses permohonan tapak tanah balai bomba berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.