Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

237) MENDIGITALISASIKAN SMUE

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status cadangan untuk mendigitalisasikan proses pendaftaran dan penebusan SMUE?

    Kerajaan Negeri sedang membangunkan pelan pendigitalan Program Skim Mesra yang komprehensif merangkumi proses pendaftaran, penebusan serta pelaporan secara real-time. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan merancang untuk menjalankan projek rintis digital Skim Mesra pada tahun 2024 bagi menguji pelbagai aspek kefungsian termasuklah aksesibiliti warga emas dalam menggunakan perkhidmatan digital.

Lampiran

Tiada Lampiran.