Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
235) MENCEGAH BANJIR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Tindakan kerajaan negeri mencegah banjir tidak berulang
Secara khususnya, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa tindakan yang dirangka bagi memastikan kawasan-kawasan yang berisiko banjir tidak mengalami kejadian banjir berulang seperti butiran di bawah :
- Mengenalpasti keutamaan kawasan banjir yang menjadi ‘hot spot’ yang berulang setiap
- Memastikan tindakan persediaan awal telah diambil seperti projek tebatan banjir telah siap dilaksanakan sebelum musim tengkujuh berlaku.
- Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan di bawah kelolaan Jawatankuasa Kemajuan Ketua Kampung (JKKK) dilaksanakan mengikut jadual dan garis panduan yang telah
- Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan seperti pembesaran parit, pembersihan longkang, pembesaran dan mendalamkan sungai dijalankan secara berkala supaya longkang–longkang tidak tersumbat dan dipenuhi dengan sampah sarap yang boleh mengakibatkan
- Menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakan Projek Tebatan Banjir (tindakan jangkamasa panjang dan jangka pendek) di kawasan yang kerap banjir berulang (Hot Spot).
-
Tindakan kerajaan negeri terhadap JKKK yang gagal membersihkan perparitan di kawasannya
Kerja-kerja pembersihan parit akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri sekiranya JKKK gagal melaksanakannya. Kerja-kerja pembersihan parit tersebut akan dikeluarkan melalui kaedah perolehan sebutharga/tender d.an pihak Kerajaan Negeri berhak memotong dengan tidak menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak JKKK yang terlibat.