Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
132) MENARIK BELIA UNTUK MENYERTAI PERKHIDMATAN AWAM KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah statistik penyertaan belia dalam perkhidmatan awam Kerajaan Negeri?
- Merujuk kepada Ringkasan Eksekutif Dasar Belia Malaysia yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada tahun 2018 menetapkan bahawa had umur belia di Malaysia bermula daripada umur 15 tahun hingga 30 tahun. Statistik penyertaan belia dalam perkhidmatan awam Kerajaan Negeri Selangor berdasarkan kepada data yang dikemukakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN) iaitu jabatan yang bertanggungjawab terhadap urusan pengambilan perkhidmatan awam lantikan tetap untuk tahun 2016 hingga 2018 adalah seramai 41,770 orang iaitu 9,911 orang pada tahun 2016, 27,287 orang pada tahun 2017 dan 4,572 orang pada tahun
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menggalakkan belia untuk menyertai perkhidmatan awam Kerajaan Negeri?
- Belia di Negeri Selangor adalah digalakkan untuk menyertai perkhidmatan awam dengan sentiasa menyemak portal pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN) selaku jabatan yang akan melaksanakan proses pengambilan apabila berlaku kekosongan jawatan melalui iklan kekosongan jawatan di laman sesawang SPN dan surat khabar utama