Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
19) MENARA TELEKOMUNIKASI DI MASJID-MASJID
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah masjid-masjid yang membenarkan syarikat-syarikat TELCO menyewa tapak masjid?
Tiada masjid yang membenarkan sewaan tanah JAIS untuk syarikat TELCO. Walaubagaimanapun, JAIS telah memberi kebenaran kepada syarikat TELCO di 139 buah masjid.
-
Berapakah jumlah penyewaan yang dibayar kepada JAIS?
Kadar sewaan yang ditetapkan adalah di antara RM 3,000.00 hingga RM 4,000.00 bagi setiap tapak.
-
Adakah masjid-masjid mendapat hasil daripada penyewaan tapak tersebut?
Ada.