Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

372) MENARA TELEKOMUNIKASI DI MASJID DAN SURAU

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kaedah pemilihan syarikat Pancar Bakti Sdn Bhd sebagai konsesi pengendali menara telekomunikasi bagi seluruh masjid dan surau di Negeri Selangor? Apakah MAIS mempunyai pegangan dalam projek ini dan berapakah jumlah masjid dan surau terlibat?

    Kaedah pemilihan Syarikat Pancar Bakti Sdn Bhd sebagai pengendali Menara telekomunikasi adalah berdasarkan permohonan rasmi kepada Jabatan Agama Islam Selangor berdasarkan kelulusan yang akan diberikan  oleh Pengarah JAIS selaku Pegawai Pengawal kepada semua tanah-tanah warta

    Ya, MAIS mempunyai pegangan dalam projek ini melalui anak syarikatnya iaitu Syarikat Bakti Suci Holdings Sdn Bhd yang melantik Syarikat Pancar Bakti Sdn Bhd selaku pengendali menara telekomunikasi dan terdapat 49 jumlah tapak yang terlibat/ dikendali oleh melantik Syarikat Pancar Bakti Sdn Bhd.

Lampiran

Tiada Lampiran.