Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

148) MENARA TELEKOMUNIKASI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah menara telekomunikasi yang akan dipasang di Selangor mengikut PBT dan bilakah ini akan dilaksanakan?

    Setakat ini, tiada sebarang perancangan khusus dibuat mengikut PBT namun pemantauan ke atas blind spot dibuat dari masa ke semasa. Berdasarkan pemantauan ini barulah menara telekomunikasi akan dipasang.

  2. Sila nyatakan butir-butir seperti kos seunit menara, kos pemasangan dan kontraktor yang terlibat mengikut PBT.

    Tiada sebarang butiran lanjut mengenai kos pemasangan, kos seunit menara dengan Kerajaan Negeri. Hal-hal berkaitan dengan menara telekomunikasi ini akan dibuat dengan kerjasama Konsortium Jaringan Selangor yang bertanggungjawab menyelaras dan membangunkan infrastruktur telekomunikasi.

  3. Sudahkah kajian teliti dibuat mengenai kesan menara telekomunikasi terhadap kesihatan rakyat?

    Kajian teliti di peringkat Negeri masih belum dibuat oleh sebab ia terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimanapun menurut Agensi Nuklear Malaysia, kesan radiasi dari menara telekomunikasi amat minimum berdasarkan ujian-ujian yang telah dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.