Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
84) MENARA TELCO
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan samada Garis Panduan Menara Telekomunikasi sediada akan disemak semula memandangkan masalah pelaksanaan di tapak.
Garis Panduan Perancangan Menara dan Struktur Pemancar Komunikasi di Negeri Selangor 2019 bertujuan untuk membantu semua pihak berkuasa tempatan di Negeri Selangor, syarikat telekomunikasi, dan syarikat yang mempunyai lesen penyedia rangkaian (Network Facilities Providers) menggunapakai satu prosedur permohonan permit Struktur Pemancar Telekomunikasi yang seragam. Garis panduan ini telah mengambil kira setiap teknologi terkini dan akan datang, dengan kesesuaian dan sensitiviti kawasan yang dipohon, terutamanya dari segi Set Back dengan kawasan kediaman, industri, komersial, dan institusi.
Walau bagaimanapun, agensi seperti PlanMalaysia@Selangor telah mencadangkan penambahbaikan kepada garis panduan sedia ada dengan memasukkan beberapa keperluan daripada GPP-i (Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi) yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebagai satu langkah pemerkasaan semula Garis Panduan di Selangor.