Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
191) MENANGANI KENAIKAN KOS SARA HIDUP
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif baharu Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat Selangor menghadapi isu kenaikan kos sara hidup?
Selain daripada program Kasih Ibu Smart Selangor yang telah diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2019 dengan sedikit proses penjajaran, Kerajaan Negeri sejak akhir tahun 2018 telahpun memulakan projek rintis Work From Home (Bekerja dari rumah) bagi membantu golongan wanita dari keluarga miskin dan B40 meningkatkan pendapatan mereka. Untuk tahun 2019, projek ini diteruskan lagi dengan penglibatan 3 syarikat perniagaan yang bukan sahaja menawarkan latihan kemahiran kepada para peserta, malah juga turut bertanggungjawab untuk memasarkan produk yang telah dihasilkan oleh para peserta sekurang-kurangnya selama 6 bulan, sebelum peserta boleh berdikari.
-
Apakah usahasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi menangani masalah tersebut?
Buat masa ini pihak Kerajaan Negeri masih lagi dalam siri-siri perbincangan bersama pihak Kerajaan Perseketuan dalam memutuskan beberapa langkah bersepadu yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan kos sara hidup di kalangan rakyat B40. Buat masa ini, pihak Kerajaan Negeri sememangnya aktif dalam menjalankan siri jelajah penerangan inisiatif dan bantuan yang disediakan di peringkat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan contohnya Siri Jelajah Karnival 3W yang diadakan di 12 PBT telah disertai lebih daripada 20 agensi kerajaan yang memberi penerangan produk-produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka termasuklah Peka B40, I-suri, Asuh Pintar, Bantuan Sihat Selangor, Bantuan Anis dan lain-lain.