Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
61) MENANGANI JANGKITAN VIRUS ZIKA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah persediaan dan langkah pencegahan bagi menangani jangkitan zika yang kini menular di benua Amerika memandangkan vektor pembawa virus ini adalah nyamuk aedes?
Usaha pencegahan wabak Zika adalah tertakluk kepada Zika Alert dan Arahan Pentadbiran untuk Pemantauan dan Pengurusan Jangkitan Virus Zika yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 4 Februari 2015. Kerajaan Negeri Selangor perlu akur kepada arahan tersebut kerana KKM adalah agensi Pusat yang mengeluarkan sebarang arahan tentang isu-isu kesihatan di Malaysia. Usaha-usaha yang telah dijalankan adalah :
Mengambil tindakan kesiapsiagaan bagi membendung penularan virus Zika dengan menjalankan Survelen klinikal untuk kes Zika di beberapa Klinik Kesihatan dan hospital di Selangor, terlibat secara langsung dengan program Survelan Makmal oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk virus Zika. Selain itu, Survelan “Microcephaly” juga dilaksana oleh KKM bagi memantau kejadian
- Mengambil tindakan pencegahan dan kawalan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri seperti garispanduan kawalan denggi jika terdapat kes yang
- Kesiapsiagaan dan Respons Pintu Masuk Antarabangsa Negara di Pintu Masuk Utama Negara di negeri
- Memanjangkan Zika Alert yang telah diumumkan oleh pihak KKM dan memaklumkan mengenai situasi virus Zika serta pelaksanaan pengurusan jangkitan virus Zika kepada fasiliti kesihatan kerajaan/swasta di
Oleh kerana wabak Zika dibawa oleh vektor yang sama dengan Denggi, maka segala aktiviti dan kawalan wabak Zika masih menggunapakai strategi yang sama sebagaimana arahan KKM bagi menangani wabak Denggi.
-
Nyatakan agensi yang terlibat sekiranya berlaku wabak ini di Selangor
Antara agensi-agensi yang terlibat di dalam isu ini adalah Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Daerah & Tanah Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri