Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

288) MENANGANI ISU ANJING DAN KUCING TERBIAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri bersama PBT merancang untuk menangani isu anjing dan kucing terbiar?

    Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa melaksanakan operasi tangkapan anjing dan kucing secara berkala di kawasan hotspot yang telah dikenal pasti dan melalui aduan yang diterima. Sebagai langkah untuk menangani masalah ini dengan lebih berkesan, Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan Pusat Lindungan Haiwan (Fur Shelter) yang lebih komprehensif, bersih dan menjamin kebajikan haiwan-haiwan di semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. Cadangan ini sedang dibangunkan dan diperincikan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya bersama-sama pihak Kumpulan Hartana Selangor Berhad, sepertimana keputusan Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 22 Jun 2023.

    Selain daripada itu, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan turut mengambil inisiatif dalam menyediakan pusat lindungan haiwan. Antara Pihak Berkuasa Tempatan yang telah membangunkan dan merancang pembangunan pusat lindungan haiwan adalah seperti berikut:

    a) Majlis Perbandaran Sepang – telah membina Taman Kucing di Taman Tasik Cyberjaya sejak bulan Februari 2023 yang lalu bagi memberi perlindungan kepada kucing jalanan di sekitar daerah Sepang; dan

    b) Majlis Perbandaran Klang – telah merancang kerjasama bersama pihak Sime Darby Property Sdn. Bhd. untuk membina sebuah Taman Kucing, Klang yang terletak di Taman Bandar, Bandar Bukit Raja yang akan menempatkan kucing-kucing terbiar yang akan ditangkap oleh Majlis. Taman Kucing ini dijangka siap pada awal tahun 2024.

    Antara rancangan atau kaedah alternatif yang akan dicadangkan untuk menangani masalah anjing dan kucing terbiar adalah melalui program haiwan angkat, yang mana orang awam boleh mengambil haiwan-haiwan di pusat lindungan yang berkenaan untuk dijadikan haiwan peliharaan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga bercadang untuk melaksanakan dan meningkatkan program kesedaran kepada pemilik-pemilik haiwan peliharaan untuk memandulkan haiwan peliharaan mereka.

  2. Adakah terdapat apa-apa rancangan atau kaedah alternatif yang boleh digunakan untuk menangani masalah anjing dan kucing terbiar?

Lampiran

Tiada Lampiran.