Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

17) MENANGANI GEJALA SOSIAL DAN PEMBENTUKAN MODAL INSAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah dasar baru kerajaan negeri terhadap perkembangan perniagaan rumah urut, kewujudan kilang arak dan premis menjual arak serta pusat-pusat hiburan yang terdapat di Negeri Selangor yang sering dikaitkan dengan unsur-unsur negatif dan antara sumber utama gejala kurang sihat selama ini ?

    Pada masa kini, kerajaan negeri masih meneruskan dasar-dasar yang diguna
    pakai oleh kerajaan sebelum ini berhubung perkembangan perniagaan rumah urut, kewujudan kilang arak dan premis menjual arak serta pusat-pusat hiburan yang terdapat di negeri Selangor. Pengeluaran lesen Iesen rumah urut dan pusat hiburan oleh PBT adalah tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1995 dan Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan penjagaan Kesihatan 2007. PBT dari masa ke semasa akan terus memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana premis yang melanggar undang-undang.

    Pengeluaran lesen penjualan minuman keras pula adalah dikawal dan
    dikeluarkan oleh Pejabat Daerah mengikut peraturan yang diperuntukkan di
    bawah Seksyen 32(1)(a) Duti Eksais 1976 Akta Kastam. Peraturan ini
    menetapkan jenis-jenis lesen yang boleh dikeluarkan oleh Pejabat Daerah di
    Selangor serta waktu perniagaan yang dibenarkan mengikut jenis-jenis lesen. Pemilik lesen-Iesenminuman keras juga dikenakan beberapa syarat seperti tidak boleh menjual liquor yang memabukkan di luar waktu perniagaan, tidak boleh menjual liquor yang memabukkan kepada seseorang di bawah umur 18 tahun dan tidak boleh menjual liquor yang memabukkan kepada seseorang yang beragama Islam.

    Kerajaan negeri juga masih mengguna pakai surat pekeliling Pejabat SUK
    berhubung dasar dan garis panduan pemberian lesen hiburan dan tempat-tempat hiburan di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan negeri
    Selangor yang dikeluarkan pada tahun 2001. Garis panduan ini menetapkan
    asas dan kriteria bagi pemberian lesen hiburan oleh PBT di negeri Selangor.
    Selain itu, garis panduan ini turut menetapkanjenis aktiviti hiburan dan kawasan-kawasan premis hiburan yang dibenarkan mengikutjenis aktiviti hiburan.

  2. Apakah wujud garis panduan tertentu dalam soal hiburan khususnya yang dibenarkan dan tidak dibenarkan, sebagaimana yang dipraktikkan di Kelantan?

    Pada masa kini, kerajaan negeri Selangor tidak mencontohi dasar hiburan di
    negeri Kelantan namun masih meneruskan dasar hiburan kerajaan sebelum ini. Dasar hiburan di negeri Selangor adalah berpandukan kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1995 serta Dasar dan Garis Panduan Pemberian Lesen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan di Kawasan PBT yang dikeluarkan pada tahun 2001. Jenis-jenis premis hiburan yang dibenarkan beroperasi berdasarkankedudukan premis dan lokasi adalah seperti berikut:-

    i) Pusat Hiburan Awam
    Premis-premis yang boleh dilesenkan adalah hotel kelas 1 (3, 4 dan 5
    bintang), rumah kelab, kompleks perdagangan dan kompleks membeli
    belah. Bagi permohonan baru, premis yang dicadangkan mestilah tidak
    kurang dari 300 meter dari kawasan rumah ibadat, sekolah dan hospital,
    manakala tidak kurang daripada 100 meter daripada pejabat kerajaan.
    Bagi pusat hiburan yang telah sedia beroperasi bolehlah dikekalkan
    dengan syarat tidak kurang daripada 100 meter daripada tempat-tempat
    tersebut.

    ii) Pusat Hiburan Istirahat
    Pusat ini hanya boleh dijalankan/dibenarkan di premis rumah
    kedai/rumah pejabat (tingkat bawah sahaja).

    iii) Pusat Hiburan Keluarga
    Pusat Hiburan Keluarga boleh dilesenkan di kompleks perdagangan
    (membeli belah) dan Taman Tema (ThemePark) sahaja.

    iv) Pusat Kafe Siber
    Bagi pusat kafe siber, hanya boleh dilesenkan di hotel kelas 1 (3, 4 dan 5
    bintang), rumah kelab, kompleks perdagangan, kompleks membeli belah
    dan kedai/pejabat tingkat bawah sahaja.

     

    Selain daripada itu, kerajaan negeri juga telah mengeluarkan pekeliling Arahan Mewujudkan Zon Pusat Hiburan Di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor pada bulan Januari 2008. Zon pusat hiburan ini diwujudkan bagi memudahkan pemantauan pihak polis dan PBT ke atas pusat-pusat hiburan. Premis-premis pusat hiburan yang beroperasi di zon pusat hiburan dibenarkan beroperasi sehingga jam 3.00 pagi. Kawasan yang dibenarkan untuk dijadikan zon pusat hiburan hanyalah di kompleks-kompleks perniagaan, pusat-pusat

  3. Sila nyatakan langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi menangani gejala sosial di kalangan remaja serta langkah-Iangkah keselamatan segera bagi menangani kehilangan pelajar dan kanak-kanak

Lampiran

Tiada Lampiran.