Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

252) MENANGANI GEJALA MURID- MURID CENDERUNG KEPADA KEGIATAN GAY DAN PONDAN DI SEKOLAH-SEKOLAH

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah pihak berkuasa agama Islam Selangor menangani gejala murid- murid cenderung kepada kegiatan gay dan pondan di sekolah-sekolah bawah seliaannya?

    JAIS menetapkan polisi mengekang semua kecenderungan gejala gay dan pondan di sekolah melalui Sistem Pembentukan Sahsiah Murid (SPSM) di sekolah-sekolah bawah seliaan JAIS yang menekankan aspek disiplin, pengawalan diri dan melakukan perkara yang betul. Hal ini selaras dengan matlamat pendidikan JAIS bagi melahirkan murid yang berilmu, berakhlak mulia dan kukuh dengan nilai-nilai Islam untuk melahirkan muslim bertaqwa serta mendapat keredhaan Allah SWT.

    Pada masa yang sama, JAIS melalui Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pencegahan disamping memberi kesedaran melalui program di sekolah-sekolah berkaitan undang-undang dan kesusilaan.

    Pihak sekolah juga diingatkan supaya mengambil tindakan yang tegas terhadap isu kegiatan gay dan pondan ini melalui laporan dan tindakan dari warden dan pengawas sekolah.

Lampiran

Tiada Lampiran.