Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
177) MENAMBAHBAIK PUSAT PEMINDAHAN MANGSA BANJIR/ BENCANA ALAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Memohon menyediakan prasarana Pusat Pemindahan Sementara yang lebih baik dan selesa.
Inisitif Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menyediakan prasarana PPS yang lebih baik dan selesa :
- Membantu JPBD mengenalpasti premis untuk menambah bilangan PPS sedia ada (termasuk sekolah);
- Memastikan bangunan / kawasan yang dijadikan PPS mempunyai keluasan ruang yang mencukupi dengan kapasiti yang ditetatpkan, sesuai dan selamat digunakan untuk mangsa yang berkeperluan seperti ibu menyusukan anak, wanita, orang kurang upaya, warga emas, kanak-kanak dan lain-lain golongan yang ditentukan dari masa ke semasa;
- Keluasan ruang untuk tempat tidur, solat, bilik persalinan, bilik rawatan dan aktiviti;
- Mempunyai kemudahan dan keperluan asas seperti bekalan air bersih, elektrik, tandas, bilik mandi; dan
- Berkedudukan di lokasi yang selamat dan tidak terputus hubungan
-
Memohan cadangan baik pulih Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai.
Jabatan Pendidikan mengambil maklum berkenaan laporan kerosakan Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai telah dihantar kepada ADUN Sg Tua pada 15 September 2023. Maklumat permohonan penambahbaikan adalah seperti keperluan berikut:
- Pembaikan kecil pintu dewan PPS;
- Kerosakan lampu laluan tangga dan sportlight di dataran PPS;
- Pemasangan 2 unit kipas dinding di dalam dewan PPS;
- Lampu Luar Kantin – Kawasan rehat PPS – 3 lampu rosak; dan
- Kebocoran atap.
Untuk makluman, JPN Selangor telah menyalurkan peruntukan yang telah diterima daripada BPA KPM kepada SK Sungai Serai bagi projek seperti berikut :
- Peruntukan LTP berjumlah RM150,000.00 bagi skop kerja-kerja pembaikan bumbung, tangka, tingkap dan lantai kelas serta kerja-kerja berkaitan
- Peruntukan PIP berjumlah RM50,000.00 bagi skop kerja-kerja pembaikan pintu kelas termasuk kerja-kerja berkaitan.
- Peruntukan Khas Tandas berjumlah RM70,0000.00 untuk skop penyelenggaraan tandas dan kerja-kerja berkaitan.
Melalui semakan yang dibuat dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, tiada permohonan berkenaan PPS tersebut dikemukakan daripada pihak sekolah. Oleh yang demikian, JPN Selangor telah memohon agar wakil teknikal di PPD Hulu Langat untuk membuat lawatan dan pemeriksaan awal bagi melihat keperluan sebagaimana yang dimaklumkan.