Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
346) MENAIKTARAF,MENYELENGGARA DAN MEMBAIKPULIH JALAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan nama jalan secara terperinci yang ada di kawasan Daerah Hulu Selangor mengikut DUN dan apakah agensi/Jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab untuk menaiktaraf, menyelenggara dan membaikpulih jalan tersebut?
Terdapat 2407 keseluruhan nama jalan yang diselenggara oleh MPHS. DUN Batang kali berjumlah 1812 jalan, DUN KKB 244 jalan dan DUN Ulu Bernam 351. Senarai terperinci seperti di lampiran A.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan jalan-jalan tersebut di baikpulih kerosakan dan selamat digunakan oleh pengguna serta jumlah perutukkan dan kos perbelanjaan yang di belanjakan mengikut senarai nama jalan tersebut oleh JKR, PBT dan Agensi Kerajaan yang berkaitan?
Langkah-langkah yang diambil oleh pihak MPHS adalah seperti berikut:
- pemantauan dan pembaikan jalan secara berkala
- pembaikan jalan berdasarkan aduan yang diterima
- menubuhkan Unit Road Gang MPHS bagi melaksana kerja-kerja tampalan jalan secara segera
- melaksana pembaikan menggunakan peruntukan:
- MARRIS – RM12,684,021.43 juta setahun
- melantik 4 kontraktor panel bagi pembaikan jalan dan melaksanakan kerja turapan berjumlah RM1.2 juta setahun dengan melibatkan 223 kerja
- menerima Peruntukan Turapan Mega dengan anggaran RM1.5 Juta yang melibatkan 2 projek bagi Tahun 2024
- mengambil inisiatif dengan membuat rondaan berkala dan tampalan segera sekiranya terdapat jalan berlubang disamping mengambil tindakan segera aduan jalan berlubang oleh Unit Road Gang MPHS