Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

189) MENAIKTARAF TAPAK NIAGA JRD, BATANG KALI

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan dalam menambah baik kawasan tapak niaga di JRD, Batang Kali ini kerana kawasan tersebut agak sunyi dan tiada tarikan sebagai perniagaan lestari?

    Peringkat awal, Jabatan Kejuruteraan telah membina suatu kawasan berturap untuk menempatkan penjaja untuk aktiviti tapak niaga terbuka dengan keluasan anggaran 4000m2. Pembangunan di kawasan selanjutnya adalah berdasarkan perancangan yang telah diluluskan KM kepada pemaju terlibat.

    Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menyediakan tapak penjaja di kawasan tersebut dan akan dinaiktaraf dari semasa ke semasa. Aktiviti Perniagaan di kawasan tersebut juga semakin meningkat melalui pertambahan permohonan lesen premis di kawasan tersebut bagi jumlah lesen yang dikeluarkan di kawasan JRD.

Lampiran

Tiada Lampiran.