Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

268) MENAIKTARAF TAMAN PERUMAHAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf taman perumahan yang telah berusia melebihi 30 tahun ekoran permasalahan infrastruktur dan perparitan yang tidak diselenggara dengan baik?

    PBT sentiasa membuat pemeriksaan berdasarkan jadual pemantauan dan Berkaitan taman perumahan yang telah melebihi 30 tahun termasuk isu penyelenggaraan, usaha-usaha dengan kadar segera akan dijalankan oleh PBT seperti kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur dan pembaikan sistem perparitan yang telah rosak bagi mengelakkan masalah yang lebih besar berlaku seperti banjir kilat atau limpahan air ke kawasan perumahan. Bagi memastikan pembangunan sesebuah kawasan dilaksanakan secara mampan, PBT akan meneliti isu-isu berbangkit secara holistik di dalam proses membuat Rancangan Tempatan (RT) dengan mengambil kira semua faktor termasuk ciri- ciri fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.