Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

74) MENAIKTARAF PUSAT PELANCONGAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan untuk memasang lampu solar di pusat-pusat pelancongan utama di Kuala Kubu Bharu yang menjadi tumpuan pelancong, termasuk kawasan perkhemahan seperti Air Terjun Sungai Chiling, Air Terjun Kerling, Empangan Kuala Kubu Bharu, Bukit Batu Pahat, dan Perkampungan Tradisional Orang Asli?

    Yang Berhormat, pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) buat masa ini tidak merancang untuk memasang lampu solar di pusat-pusat pelancongan utama di Kuala Kubu Bharu kerana semua aktiviti pelancongan hanya tertumpu pada waktu siang sahaja. Di samping itu, langit malam di Kuala Kubu Bharu terkenal dengan keadaan langit yang kurang pencemaran cahaya yang menjadi tarikan kepada penggemar aktiviti astronomi seperti

  2. Sila senaraikan semua projek di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan dengan pusat-pusat pelancongan, termasuk butiran peruntukan yang telah disediakan bagi tahun 2024 dan 2025.

    Berikut merupakan projek di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan dengan pusat-pusat pelancongan, termasuk butiran peruntukan yang telah disediakan bagi tahun 2024 seperti berikut:

     

    BIL PBT PROJEK PERUNTUKAN (RM)
    1. MBSA Kerja-kerja Pemasangan Lampu Limpah Jenis LED dan yang berkaitan di kawasan Laman Seni 7, Shah Alam 150,000.00
    2. MBPJ Pembinaan Jambatan Gantung di Taman Tasik Jaya, Petaling Jaya ke lokasi baru iaitu di Hutan Pendididkan Bukit Gasing 250,000.00
    3. Pembinaan Peralatan Permainan Taman Tema Air Mini di Kompleks Sukan Renang Kelana Jaya 50,000.00
    4. MPKj Baik pulih Kolam Air Panas Dusun Tua 50,000.00
    5. MPKL Penaiktarafan Sistem Bekalan Air dan Kemudahan Awam di Pantai Kelanang, Kuala Langat 60,000.00
    6. MPHS Penaiktarafan Kawasan Rekreasi Air Terjun Serendah 250,000.00
    7. MPAJ Menaik Taraf Landskap di Kawasan Lapang Bukit Ampang, Jalan Persiaran Saujana, Ampang 300,000.00
    8. Pemulihan, Pemuliharaan Dan Pengindahan Lorong Seni Jalan Negara Kita (Taman MPS Melawati) 50,000.00
    9. MPS Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan (Pembinaan Wakaf) di Bukit Takun, Rawang 50,000.00
    10. Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan di Taman Ekstrem Gua Damai, Wira Damai, Batu Caves 150,000.00
    11. Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan di Galeri Dan Bekas Penempatan Pekerja Batu Arang (Chimney) 100,000.00
    12. MPSp. Pemasangan Lampu Hiasan serta Pengindahan Kawasan di Taman Tasik Cyberjaya 200,000.00
    Jumlah 1,660,000.00

     

    Manakala bagi tahun 2025, pihak UPEN masih dalam tindakan mengadakan lawatan teknikal ke kawasan-kawasan pelancongan PBT.

  3. Adakah benar bahawa maklumat dan bahan rujukan yang tersedia di Pusat Maklumat Pelancongan Kuala Kubu Bharu (KKB) tidak mencukupi? Jika ya, apakah perancangan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di pusat tersebut?

    Yang Berhormat, pihak MPHS sedang dalam usaha untuk menambah bahan rujukan tersebut dengan bekerjasama dengan media promosi seperti Gaya Travel dan Borneo Talk bagi menghasilkan bahan promosi yang menarik dan dalam kuantiti yang banyak. Untuk makluman Yang Berhormat, Kuala Kubu Bharu telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO di bawah kategori Garden City Heritage. Pengiktirafan ini juga dijangka akan meningkatkan profil pelancongan di Hulu Selangor khususnya Kuala Kubu Baharu. Sehubungan itu, perancangan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di pusat tersebut adalah seperti berikut:

     

    • Mengemaskini Maklumat Destinasi Pelancongan

    Memastikan bahawa bahan rujukan seperti risalah, peta, dan buku panduan mengenai destinasi pelancongan di Hulu Selangor sentiasa dikemas kini dan merangkumi semua destinasi tarikan pelancong.  Ini termasuk maklumat mengenai tarikan alam semula jadi, budaya, aktiviti luar dan acara tahunan;

     

    • Pameran Produk Pelancongan

    Menyediakan ruang pameran bagi produk pelancongan tempatan di Pusat Informasi seperti kraftangan dan makanan tempatan bagi menarik perhatian dan minat pelancong; dan

     

    • Peningkatan Kemudahan Fasiliti

    Pihak MPHS dalam proses naiktaraf ruang legar Pusat tersebut untuk keselesaan orang ramai.

Lampiran

Tiada Lampiran.