Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

119) MENAIKTARAF MEDAN SELERA MELAWATI BANDAR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah cadangan daripada pihak MPAJ bagi menaiktaraf medan selera tersebut?

     

    MPAJ telah memperolehi peruntukan RM 4 Juta untuk menaiktaraf Bazar Melawati daripada pihak ICU Selangor. Ianya akan dilaksanakan sebaik sahaja kerja-kerja penyediaan dokumen tender dan lantikan kontraktor selesai.

     

     

  2. Apakah yang dicapai oleh MPAJ setelah perbincangan bersama peniaga diadakan?

    Sesi taklimat berhubung dengan projek menaiktaraf Bazar Melawati telah diadakan pada 07 November 2021 bersama-sama peniaga Bazar Melawati dan Medan Selera Melawati. MPAJ akan mengadakan perbincangan terperinci secara berperingkat sehingga projek siap.

Lampiran

Tiada Lampiran.