Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

207) MENAIKTARAF LANDSKAP DI SEKITAR BULATAN SHAH ALAM

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan yang dibelanjakan untuk membina landskap di sekitar bulatan Shah Alam

    Pada tahun 2016, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah membelanjakan sebanyak RM139,411.20 bagi menaiktaraf landskap Bulatan Kayangan (Seksyen 12) dan Bulatan Sukan (Seksyen 13) Shah Alam. Manakala bagi tahun 2017, sebanyak RM 740,000.00 telah diperuntukkan bagi cadangan menaiktaraf lapan (8) bulatan di sekitar Shah Alam.

  2. Nyatakan secara terperinci, nilai projek, lokasi dan syarikat kontraktor yang terlibat

    Nilai projek bagi Bulatan Kayangan, Seksyen 12 dan Bulatan Sukan, Seksyen 13 Shah Alam adalah sejumlah RM 139,411.20 yang dilaksanakan oleh Syarikat Zigas Enterprise. Manakala pada tahun 2017, cadangan menaiktaraf landskap bagi lapan (8) bulatan utama di sekitar Shah Alam adalah seperti jadual di bawah:

    Bil Kawasan Jumlah

    (RM)

    1. Bulatan Setiajasa, Seksyen 15 Shah Alam 300,000.00
    2. Bulan Mestika, Seksyen 6 Shah Alam 50,000.00
    3. Bulatan Permai, Seksyen 3 Shah Alam 50,000.00
    4. Bulatan Bistari, Seksyen 2 Shah Alam 50,000.00
    5. Bulatan Kemajuan, Seksyen 27 Shah Alam 70,000.00
    6. Bulatan Melawati 70,000.00
    7. Bulatan Megawati, Seksyen 21 Shah Alam 100,000.00
    8. Bulatan Jubli Perak 50,000.00
    Jumlah 740,000.00

     

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.