Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

120) MENAIKTARAF KECEKAPAN PENDAFTARAN MAKLUMAT PEMOHON SKIM BANTUAN DI PUSAT KHIDMAT

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Skim bantuan dari Kerajaan Negeri telah banyak ditawarkan secara atas talian, namun kaedah ini menyukarkan sebahagian pemohon yang tidak mempunyai alat peranti untuk membuat permohonan.
    Bolehkah Kerajaan Negeri menyediakan alat pembaca Mykad dan sistem memuat-turun data dari Mykad kepada setiap Pusat Khidmat untuk membantu pendaftaran pemohon ini yang tidak mempunyai peranti untuk membuat permohonan secara atas talian?

  2. Bolehkah alat pembaca Mykad ini dihubungkan dengan sistem bantuan dari Kerajaan Negeri?

Lampiran

Tiada Lampiran.