Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
38) MENAIKTARAF JALAN NEGERI B131
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Dewan pernah diberitahu bahawa pembesaran jalan ini akan dimasukkan di bawah RMK11. Apakah projek menaiktaraf simpang B131 dan FT54 telah dimasukkan di bawah RMK-11 dan bilakah akan bermula?
Projek menaiktaraf persimpangan B131 dan FT54 telah dimasukkan di bawah RMKe-11 namun peruntukan yang di luluskan hanya mencukupi untuk kerja-kerja awalan sahaja. (contoh: kerja ukur)
-
Bolehkah Pejabat Daerah Petaling membesarkan simpang 3 di Dewan JKKK Paya Jaras Hilir dengan mengubah pagar tembok dewan yang sedia ada?
Pihak JKR Selangor akan memohon projek tersebut untuk dimasukkan dalam RMKe-11.
PEJABAT DAERAH/TANAH PETALING
Persimpangan tersebut melibatkan Jalan Kubu Gajah dan Persiaran Delima yang merupakan jalan-jalan di bawah penyelenggaraan JKR Daerah Petaling. Pembesaran persimpangan tersebut perlu melibatkan perbincangan susulan di antara JKR Daerah Petaling selaku pentadbir jalan-jalan tersebut dengan mengambil kira rizab jalan dan PDT Petaling selaku pentadbir Balai JKKK Paya Jaras Hilir.