Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
48) MENAIKTARAF JALAN JKR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rancangan yang sedia ada untuk menaiktaraf Subang-Kelana Link untuk memanjangkan yang sama terus kepada Lebuhraya Shah Alam memandangkan kesesakan dialami akibat Subang-Kelana Link berhenti atas Persiaran Kewajipan dan memandangkan kapasiti Persiaran Kewajipan yang hampir melebihi dua kali ganda?
Jalan Subang-Kelana Link adalah Jalan Persekutuan FT15. Pihak JKR Negeri Selangor tiada sebarang cadangan untuk menaiktaraf atau menyambungkan jalan ini terus ke Lebuhraya Shah Alam. Kajian awalan dan pemerhatian di tapak oleh pihak JKR Negeri Selangor mendapati, kapasiti Subang-Kelana Link ini adalah mencukupi pada masa kini dan sebarang pelaksanaan naiktaraf/pelebaran jalan adalah mustahil dan sukar lanjutan daripada faktor-faktor berikut:
- Isipadu trafik dalam keadaan biasa dan mencukupi
- Perubahan aliran trafik yang dilaksanakan oleh pihak MPSJ di Persiaran Kewajipan dengan konsep free flow di laluan utama membantu menyurai trafik
- Kekangan dari segi Rizab Jalan yang terlalu sempit
- Kos pengambilan tanah yang amat tinggi