Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

350) MENAIKTARAF JALAN-JALAN DI KAWASAN BATANG KALI DAN HULU SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah data secara terperinci nama-nama jalan dan agensi/jabatan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan jalan-jalan tersebut yang berada di kawasan Hulu Selangor mengikut DUN/ADN yang telah atau belum diwartakan status jalan tersebut mengikut jabatan/agensi kerajaan yang berkaitan?

    Bagi Jalan Negeri dan Jalan Persekutuan, Pihak JKR bertanggungjawab ke atas kerja-kerja menaiktaraf, menyelenggara dan membaikpulih jalan tersebut. Senarai Jalan Negeri di Daerah Hulu Selangor adalah seperti di Lampiran A. Walaubagaimanapun pejabat ini tiada senarai jalan negeri di bawah JKR Selangor mengikut DUN. Senarai jalan tersebut adalah di dalam senarai jalan di bawah peruntukan MARRIS dimana kerja-kerja penyelenggaraan dan membaikpulih jalan akan dilaksanakan mengikut keutamaan.

    Senarai Jalan Persekutuan mengikut DUN di Daerah Hulu Selangor adalah seperti berikut:-

    B05 – Ulu Bernam

     

    FT 01 – Jalan Kuala Lumpur – Tg Malim

    FT 1205 – Jalan Sg. Tengi

    FT 1207 – Jalan Gedangsa

     

    B06 – Kuala Kubu Bharu 

     

    FT 01 – Jalan Kuala Lumpur – Tg Malim

    FT 55 – Jalan Kuala Kubu Baru – Gap

    FT 56 – Jalan Gap – Bukit Fraser

    FT 228 – Jalan Bukit Tagar

     

     

    B07 – Batang Kali

     

    FT 01 – Jalan Kuala Lumpur – Tg Malim

    FT 37 – Jalan Rawang Bypass

    FT 3206 – Jalan Masuk Ke Kawasan Perindustrian Batang Kali

    FT 3207 – Jalan Masuk Ke Kawasan Perindustrian Batu 30

    FT 3208 – Jalan Masuk Ke Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung

    FT 3219 – Jalan Masuk Kg. Timah SKC, Bukit Beruntung

    FT 1208 – Jalan Sg Buaya

  2. Adakah jalan-jalan tersebut akan dinaiktaraf dan dibaikpulih pada tahun 2025 dan 2026 dan berapakah anggaran kos yang akan dibelanjakan untuk menaiktaraf dan membaikpulih bagi jalan-jalan yang rosak?

    Kerja-kerja penyelenggaraan dan membaikpulih jalan negeri akan dilaksanakan mengikut keutamaan terutamanya projek dibawah KJP. Namun, Cadangan kerja-kerja sebutharga tahun 2025 bagi JKR Daerah Hulu Selangor adalah sebanyak RM3,000,000.00.

    Bagi Jalan-Jalan Persekutuan, Pihak JKR telah mengangkat peruntukan sebanyak RM 14,500,000.00 bagi program berkala pavemen MADANI 2025.