Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
111) MENAIKTARAF DAN MELEBARKAN JALAN UTAMA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menaiktaraf dan melebarkan jalan utama untuk ke Pantai Kelanang yang merupakan salah satu pusat reakrasi pelancongan utama di Kuala Langat?
Setakat ini, pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor belum ada sebarang perancangan untuk menaiktaraf jalan ke Pantai Kelanang. Walau bagaimanapun, pihak Jabatan tiada halangan untuk mengkaji dan menyediakan anggaran kos sekiranya terdapat keperluan yang mendesak dari segi kapasiti dan keselamatan pengguna jalan tersebut.