Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
121) MENAIKKAN GAJI GURU KAFA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah menaikkan gaji guru Kafa kepada RM 1,000.00 sebulan. Adakah pembayaran ini telah dilaksanakan?
Pembayaran telah dilaksanakan berkuat kuasa mulai Januari 2009. Guru KAFA Negeri Selangor menerima sepenuhnya RM 1,000.00 sebulan mulai bayaran elaun bulan Februari. Tunggakan RM 261.70 bulan Januari diterima pada elaun bulan Februari 2009.
-
Berapa ramaikah guru agama mendapat faedah dari kenaikan gaji guru agama tersebut
Seramai 6,236 guru agama mendapat faedah dari kenaikan gaji agama tersebut.
-
Adakah rancangan kerajaan memasukkan guru agama menjadi sebagai guru tetap dan berpencen?
Kerajaan sedang melaksanakan perancangan memasukkan guru agama KAFA Negeri Selangor menjadi guru tetap dan berpencen. Semasa ini ada sekitar 700 orang guru KAFA mengikuti pengajian ke peringkat diploma pendidikan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada hujung minggu dan cuti sekolah.