Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

143) MENAIK TARAF SISTEM PERPARITAN DI DUN TERATAI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menambah baik sistem perparitan di sekitar kawasan Teratai?

    Kerajaan Negeri Selangor ada menyalurkan peruntukan MARRIS kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi melaksanakan kerja-kerja baikpulih perparitan. Cadangan kerja perlu disediakan oleh MPAJ bagi tujuan tersebut.

  2. Apakah pelan-pelan jangka panjang Kerajaan Negeri dalam kes penjagaan kawasan dan rakyat pra banjir dan pasca banjir?

    Kerajaan Negeri mempunyai pemantuan melalui mesyuarat yagn diadakan bagi persiapan menghadapi banjir. Agensi-agensi terlibat akan membentangkan cadangan dan laporan agensi masing-masing bagi persiapan  menghadapi monsun dan pasca banjir. Agensi juga telah diarahkan untuk melaksanakan demostrasi bencana sebagai persediaan awal dalam tugas-tugas menyelamat bagi persediaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.