Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
334) MENAIK TARAF PANTAI – PANTAI PERANGINAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri ataupun pihak Tourism Selangor memperuntukkan bagi menaik taraf pantai - pantai peranginan yang ada di Selangor khususnya di Pantai Bagan Lalang yang mengalami hakisan?
Kerajaan Negeri tidak menyediakan sebarang peruntukan khusus bagi menaik taraf kawasan pantai-pantai peranginan di Selangor. Namun, dalam usaha mempertingkatkan industri pelancongan, Kerajaan Negeri melalui MPS telah bekerjasama dengan pihak MOTAC bagi permohonan projek baikpulih dan naiktaraf dalam memelihara Pantai Bagan Lalang sebagai salah satu pantai pelancongan di Selangor.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, Pantai Bagan Lalang adalah di bawah pelan pembangunan pemaju Sepang Gold Coast. Pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPS) telah mengarahkan pihak pemaju untuk mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengatasi masalah hakisan yang berlaku di Pantai Bagan Lalang.
Berikut merupakan projek-projek yang telah dilaksanakan dan sedang dalam fasa permohonan: