Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

162) MENAIK TARAF JALAN PEKAN DENGKIL KE OLAK LEMPIT

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf jalan dari simpang tiga Dengkil ke jalan Olak Lempit bagi laluan FT31 Jalan Banting-Semenyih?

    Buat masa ini, tiada sebarang cadangan untuk menaiktaraf Jalan Persekutuan FT31 dari simpang tiga Dengkil ke Olak Lempit. Sekiranya terdapat keperluan untuk menaiktaraf laluan ini, permohonan akan diangkat ke Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan setersnya ke Kementerian Kerja Raya memandangkan laluan ini adalah di bawah Kerajaan Persekutuan.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah jumlah lorong dari satu lorong kepada dua lorong bagi laluan FT31 Jalan Banting-Semenyih bagi mengurangkan kesesakkan lalu lintas?

    Permohonan untuk menaiktaraf Jalan Persekutuan FT31 telah diangkat di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke 11 (RMKe-11) ke Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia namun tidak mendapat kelulusan di peringkat kerajaan persekutuan

Lampiran

Tiada Lampiran.