Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

180) MENAIK TARAF JALAN DAN TAPAK ‘PARKING’ KLINIK KESIHATAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf kawasan meletak kenderaan di Klinik Kesihatan Dengkil dan Klinik Kesihatan Bukit Changgang demi keselamatan dan keselesaan penduduk?

    Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah menerima permohonan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang telah membuat permohonan peruntukan sebanyak RM200 ribu untuk menaiktaraf kawasan meletak kenderaan dan menambah 30 lot parkir kenderaan di Klinik Kesihatan Dengkil. Manakala, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat dalam tindakan untuk menyediakan anggaran kos untuk menaiktaraf kawasan meletak kenderaan di Klinik Kesihatan Bukit Changgang dibantu oleh Cawangan Kejuruteraan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

  2. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina lampu isyarat di jalan utama persimpangan Klinik Kesihatan Bukit Changgang?

    Persimpangan Klinik Kesihatan Bukit Changgang berada di Jalan Persekutuan FT31. Permohonan Menaiktaraf Jalan Banting – Semenyih, FT31, Secara Berfasa Di Daerah Hulu Langat, Kuala Langat Dan Sepang, Selangor Darul Ehsan telah dipohon dalam Rolling Plan 1 hingga Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Ke-11, (RMKe-11) namun projek berkenaan tidak termasuk dalam senarai pendek untuk kelulusan. Permohonan projek ini sekali lagi diangkat oleh pihak JKR Selangor dalam Rolling Plan 1 hingga Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Ke-12, (RMKe-12), namun masih tidak termasuk dalam senarai pendek untuk kelulusan. Pihak JKR Selangor akan mengangkat semula permohonan projek ini dalam Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Lampiran

Tiada Lampiran.