Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
95) MENAIK TARAF HIDUP KUMPULAN ORANG ASLI TERMISKIN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Merujuk Ucapan Bajet 2010 (muka surat 37, 10 Nov 2009); ÒKerajaan Negeri Selangor menyediakan peruntukan sebanyak RM500 ribu untuk menjalankan dua projek perintis ujian bagi menaik taraf hidup kumpulan Orang Asli termiskin". Untuk program-program apa dan bagaimanakah peruntukan RM500 ribu ini diagihkan sehingga Jun 2010?
Soalan ditujukan kepada kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tidak
dapat menyediakan jawapan kepada kesemua soalan yang dibangkitkan. -
Melalui agensi atau institusi apakah Kerajaan Negeri melaksanakan dua projek perintis ujian ini?
-
Apakah program yang telah dijalankan dan komuniti-komuniti Orang Asli manakah yang telah mendapat manfaat daripadanya sehingga Jun 2010?