Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

342) MENAIK TARAF DAN MENYELIA JALAN-JALAN DI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memantau keadaan dan mengkaji semula spesifikasi jalan terutamanya jalan raya yang digunakan oleh kenderaan berat?

    Pihak Kerajaan Negeri sentiasa berpandukan kepada garispanduan yang dikeluarkan oleh mana-mana agensi dan jabatan berkaitan berkenaan isu spesifikasi jalan dan kenderaan berat. Jabatan yang bertanggungjawab untuk mengemaskini spesifikasi jalan raya di Malaysia adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. Sebarang spesifikasi terkini berhubung jalan raya akan dipinda melalui Arahan Teknik Jalan (ATJ) dan Standard Spesifikasi Jalan (SPJ).

  2. Adakah masih relevan jalan yang dibina 8T-10T sedangkan laluan ini digunakan oleh jentera melebihi had?

    Berdasarkan kepada kapasiti jentera berat masa kini, had berat gandar 8 tan metrik ke 10 tan metrik adalah relevan. Walaubagaimanapun, tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan ke atas kenderaan yang lebih muatan bagi mengurangkan masalah kerosakan jalan raya.

Lampiran

Tiada Lampiran.