Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
131) MENAIK TARAF DAN MELEBARKAN JALAN UTAMA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menaiktaraf dan melebarkan jalan utama untuk ke Pantai Kelanang yang merupakan salah satu pusat rekreasi pelancongan utama di Kuala Langat pada belanjawan tahun ini?
Sehingga kini, pejabat ini tiada perancangan bagi menaiktaraf dan melebar jalan utama ke Pantai Kelanang (Jalan Ke Jeti-Jalan Bukit Jugra). Walaubagaimanapun pihak Jabatan akan mencadangkan dilaksanakan kajian keperluan permohonan menaiktaraf jalan utama ke Pantai Kelanang sekiranya Kerajaan Negeri merancang untuk menjadikan Pantai Kelanang sebagai salah satu pusat rekreasi pelancongan utama di Kuala Langat.
-
Sub-soalan telah di tolak