Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

247) MENAIK TARAF BALAI POLIS DI DUSUN TUA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah perancangan untuk menaik taraf Balai Polis akan selari dengan penambahan penduduk di Dusun Tua?

    Terdapat perancangan untuk pembinaan IPD baru untuk IPD Kajang yang disusun pada tahun 2026. Jumlah terkini penduduk Dusun Tua N23 seramai 97,950 orang.

  2. Bilakah kali terakhir Balai Polis di Dusun Tua dinaik taraf?

    DUN Dusun Tua N23 adalah dibawah pengoperasian Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan terdapat (3) Balai Polis iaitu Balai Polis Batu 9 Cheras, Balai Polis Batu 14 Hulu Langat dan Balai Polis Batu 18 Hulu Langat.

    Balai Polis Batu 9 Cheras dibuat penambahbaikan bangunan pada 20/11/2023. Balai Polis Batu 14 Hulu Langat dibuat penambahbaikan bangunan pada 26/11/2024 iaitu selepas kejadian bencana alam (banjir) yang berlaku pada 18/12/2021 manakala Balai Polis Batu 18 Hulu Langat dibuat penambahbaikan bangunan pada 26/11/2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.