Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
96) MEMULIHKAN PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan proses yang sedang dan akan diambil untuk memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan?
Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kajian dan Penyelidikan telah memperuntukkan RM20,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) untuk tujuan kajian pelaksanaan Pilihan raya Kerajaan Tempatan. Kajian ini dijangka selesai pada penghujung Mac 2009 dan akan dibincangkan di peringkat Kerajaan Negeri.
-
Siapakah yang telah dipilih menjadi ahli jawatankuasa?
Buat masa ini, pelantikan jawatankuasa masih belum dilaksanakan kerana kajian masih di peringkat pelaksanaan. Melalui hasil kajian yang telah dibuat, pelantikan jawatankuasa akan dilaksanakan berdasarkan fungsi dan keperluan agar objektif untuk melaksanakan Pilihan raya Kerajaan Tempatan akan tercapai.
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi untuk memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan?
Masalah utama yang dihadapi untuk memulihkan Pilihan raya Kerajaan Tempatan ialah kekangan undang-undang di bawah seksyen 15 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) secara jelas dinyatakan Pilihan raya Kerajaan Tempatan tidak dibenarkan. Oleh itu, untuk melaksanakan Pilihan raya Kerajaan Tempatan, pindaan kepada seksyen 15 Akta 171 ini perlu dibuat di peringkat Parlimen.