Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
236) MEMULIHARA KAWASAN HIJAU DAN LAPANG
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah Kerajaan untuk memastikan sesuatu kawasan hijau /lapang yang telah diperuntukkan atau digazet tidak ditukar semula statusnya oleh mana-mana pihak Kerajaan atau pemaju pada masa akan datang ?
Mana-mana kawasan hijau/tanah lapang yang dirizabkan menurut pewartaan di bawah peruntukan seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), ia akan dikawal oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri dan akan dikawal selia dan di selenggara oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan. Oleh yang demikian, segala usaha untuk memastikan pemuliharaan kawasan hijau dan tanah lapang adalah ditentukan oleh PBT berkenaan / Jabatan Perancang Bandar dan Desa selaras dengan penggunaannya yang ditentukan oleh Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Peruntukan undang-undang dan prosedur sedia ada akan memastikan tanah-tanah yang telah diwartakan akan dijaga dan tidak digunakan untuk tujuan lain selain yang diwartakan. Sekiranya suai manfaat tanah yang telah diwartakan tidak sesuai, warta untuk tujuan tersebut perlu dibatalkan terlebih dahulu mengikut prosedur yang dinyatakan oleh peruntukan seksyen 64 KTN. Menurut peruntukan seksyen 64 KTN, notis untuk pembatalan pewartaan perlu disiarkan di dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor dan satu
siasatan/pendengaran pembatalan akan dibuat oleh Pengarah Tanah dengan pihakpihak berkaitan bagi membolehkan input diberikan kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar berkenaan dengan permohonan untuk pembatalan warta tersebut. Kelulusan daripada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar adalah selaras dengan perwakilan kuasa oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui Sel.P.U.17 bertarikh 7 Jun 1984.