Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
88) MEMPERKASAKAN SEKOLAH-SEKOLAH ALIRAN AGAMA ISLAM
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah prestasi terkini perancangan Jabatan Agama Islam dalam memperkasakan lagi sekolah-sekolah agama sama ada rendah atau menengah di negeri Selangor.
Sehingga maklumbalas ini disediakan kerajaan negeri Selangor melalui JAIS
telahpun mempunyai 12 buah Prasekolah yang boleh menampung seramai 1396
orang mourid dan 159 orang guru, 203 buah sekolah Rendah Agama ( SRA)
yang menampung 120,622 orang murid dan 4542 guru, 11 buah sekolah Rendah
Agama Integrasi yang boleh menampung 7010 murid dan 596 orang guru, 23
buah sekolah Agama Menengah ( SAM ) dengan jumlah pelajar 16,127 orang
dan guru 1135 orang serta 2 buah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi
dengan palajar seramai 404 orang dan guru 51 orang.
Disamping itu kerajaan Selangor bersam a Lembaga Zakat Selangor juga terus
memberi bantuan kepada Kelas-kelas Al –Quran dan Fardhu Ain ( KAFA) yang
berjumlah 291 buah sekolah yang boleh menampung murid seramai 87,307
orang dan guru 3548 orang serta sekolah-sekolah Persendirian dan Tahfiz yang
mencecah angka 125 buah dengan pelajar seramai 6,253 murid dengan 653
orang guruPerancangan menstruktur semula sekolah berkenaan dengan menambah
perjawatan guru.
Penstrukturan ini akan melibatkan sekolah berikut :
– Pra sekolah
– Sekolah Rendah Agama
– Sekolah Rendah Agama Integrasi
– Maahad Integrasi Tahfiz Sains Selangor
– Sekolah Agama menengah
Mengkaji dan menyemak kurikulum Pendidikan Islam mengikut perkembangan
semasa dan membina buku teks untuk dilaksanakan 2012 -
Adakah JAIS mempunyai perancangan untuk membina lebih banyak lagi sekolah menengah agama yang semakin mendapat sambutan dari kalangan rakyat di negeri Selangor
Tidak ada perancangan untuk menambah bilangan sekolah Agama menengah
sedia ada. Apa yang akan kerajaan lakukan adalah menambah baik sekolahsekolah yang sedia ada. Pembenaan sekolah Agama Menengah dalam
Rancangan malaysia ke 10 adalah untuk sekolah-sekolah yang amat
memerlukan dan sekolah-sekolah Agama Menengah yang masih berkongsi
dengan Sekolah Rendah.
Kerajaan akan meminta Kementerian Pendidikan menambah bilangan kelas,
guru dan kemudahan-kemudahan lain kepada sekolah Agama Menengah Sedia
ada.
BIL SEKOLAH JUMLAH
SEKOLAH MURID GURU
1 PRASEKOLAH
SRA
SRAI
SAM
MITS
12
203
11
23
2
1,396
120,622
16,127
404
7,010
159
4542
1135
51
596
2 KAFA 291 87307 3548
3 PERSENDIRIAN
SWASTA
125 6253 653JUMLAH
23,9119