Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
126) MEMPERKASAKAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA DI BAWAH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pencapaian perancangan kerajaan setakat ini
Pada masa ini Kerajaan Negeri telah pun mempunyai semua peringkat institusi
pendidikan bermula dari Prasekolah hinggalah ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi
seperti berikut:
PRA RENDAH MENENGAH UNIVERSITI
Prasekolah
( 12 Buah )
KAFA (290 Buah)
SRA (202 Buah)
SRAI (11 Buah)
SAM/SABK (23 Buah)
MITS (2 Buah)
KUIS ( 1 Buah )
Nota : KAFA – Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain
SRA – Sekolah Rendah Agama
SRAI – Sekolah Rendah Agama Integrasi
SAM – Sekolah Agama Menengah
MITS – Maahad Integrasi Tahfiz Sains
KUIS – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor -
Adakah kerajaan bersedia untuk mengintegrasikan lebih banyak lagi Sekolah-sekolah Rendah Agama sebagai satu alternatif.
Kerajaan Negeri bersedia untuk mengintegrasikan lebih banyak lagi Sekolah–sekolah
Rendah Agama sebagai satu alternatif. Walau bagaimanapun kesediaan ini bergantung
kepada kemampuan kewangan Kerajaan Negeri. Kemahiran tenaga pengajar dan
kemudahan yang terdapat di sekolah – sekolah berkenaan. -
Apakah perancangan seterusnya mengenai penubuhan Sekolah Menengah Agama Teknik
Cadangan untuk menubuhkan Sekolah Menengah Agama Teknik terpaksa
ditangguhkan kerana pelaksanaannya memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Pada
masa ini JAIS akan menumpukan kepada pelaksanaan SRA untuk memastikan semua
anak-anak orang Islam di Negeri Selangor mendapat didikan agama dan Fardhu Ain di
peringkat Sekolah Rendah.