Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
153) MEMPERKASAKAN MASJID-MASJID
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pencapaian Kerajaan Negeri dalam memperkasakan lagi masjid-masjid yang sedia ada.
Masjid-masjid di Negeri Selangor telah mempunyai jawatankuasa yang baru bermula pada 1 Jun 2009. Beberapa program yang telah dan sedang dilaksanakan bagi menjadikan masjid sebagai wahana transformasi ummah iaitu:
- Melaksanakan KPI Pegawai Masjid yang bertujuan untuk memastikan masjid-masjid mencapai satu standard yang terbaik sebagai institusi unggul umat Islam.
- Melaksanakan kursus-kursus peningkatan kepada pegawai dan jawatankuasa masjid yang bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran dalam pengurusan masjid. Kursus-kursus tersebut dilaksanakan oleh ILDAS dan SPIES.
- Penubuhan Akademi Imam yang bertujuan untuk memberi latihan kepada imamimam supaya mencapai tahap bacaan dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan tugas imam sebagai pegawai syarie sesebuah kariah.
- Mengadakan Pertandingan Masjid Terbaik yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada masjid yang mempunyai kriteria terbaik dalam pengurusan kewangan, pentadbiran, pengimarahan kebersihan dan keceriaan.
- Pemberian perlindungan Takaful Komprehensif kepada pegawai masjid yang bertujuan untuk memberi galakan kerana penglibatan mereka dalam penguatkuasaan undang-undang syariah di kariah.
- Penubuhan Koperasi Masjid yang bertujuan untuk meningkatkan ekonomi masjid dan ahli kariah dengan melibatkan perniagaan dan jualan produk Islam.
-
Apakah perancangan bagi tahun hadapan agar masjid-masjid di Negeri Selangor ini benar-benar menjadi pusat aktiviti dan transformasi rakyat.
Sama seperti SUB(a)