Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
355) MEMPERKASAKAN KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM DI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Data Terperinci jumlah penjawat awam yang tetap, kontrak dan sambilan mengikut PBT, Daerah, Jabatan-jabatan Kerajaan, dan anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri yang terkini sehinga 2024?
Berikut adalah data terperinci jumlah perjawatan tetap, kontrak dan sambilan mengikut PBT, Daerah, Jabatan-jabatan Kerajaan, dan anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri yang terkini sehingga 20 Februari 2024. Untuk makluman, dengan berkuatkuasanya Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP di bawah inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme Tahun 2022, maka pegambilan PSH (Pekerja Sambilan Harian) baharu di bawah Pekeliling Bilangan 3 Tahun 2011 ditangguhkan.
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menaiktaraf dan mengkaji semula gred gaji penjawat awam supaya seimbang dan selari dengan kos sara hidup yang semakin meningkat pada tahun 2024 Dan 2025?
Kajian semula gred dan gaji penjawat awam secara keseluruhan dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Kerajaan Negeri Selangor turut menerima pakai peraturan dan dasar sedia ada sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan.
-
Berapakah jumlah penjawat awam di seluruh Negeri Selangor mengikut komposisi kaum?
Berikut adalah jumlah penjawat awam di seluruh Negeri Selangor mengikut komposisi kaum.
BIL. KAUM / BANGSA JUMLAH
1 Melayu 21,098
2 Cina 39
3 India 1,261
4 Orang Asli (Semenanjung) 41
5 Bumiputera Sabah 29
6 Bumiputera Sarawak 17
Jumlah
22,485