Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
157) MEMOHON WIFI SELANGOR DI KAWASAN-KAWASAN PINGGIR BANDAR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah caranya untuk setiap DUN memohon WIFI Selangor di kawasankawasan pinggir bandar?
Permohonan untuk pemasangan WIFI Smart Selangor bolehlah dimajukan oleh Pejabat DUN kepada wifismartselangor@mbiselangor.com.my untuk dipertimbangkan permohonan tersebut. Bagi permohonan tersebut, butiran yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Nama Pemohon
- Alamat emel dan No. Telefon
- Alamat Tempat Yang Dicadangkan
- Jenis Tempat Yang Dicadangkan
- Nama Person In Charge (PIC)
- Alamat email dan No Telefon PIC
- Jawatan PIC (bagi tempat yang dicadangkan)
Sekiranya, tempat yang dicadangkan memenuhi kriteria hotspot WiFi Smart Selangor, pihak MBI akan mengeluarkan permintaan kepada pihak pembekal untuk menjalankan lawatan tapak bagi memastikan kawasan tersebut mempunyai liputan perkhidmatan WiFi yang memuaskan dan tempat yang dicadangkan sesuai bagi pemasangan tersebut.
Sekiranya ada kemudahan infrastruktur dan liputan WiFi memuaskan, arahan untuk pemasangan WiFi hotspot akan dikeluarkan kepada pihak pembekal. Pemasangan akan mengambil masa di antara dua minggu hingga sebulan.