Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
80) MEMBINA SEKOLAH KEBANGSAAN DI BANDAR SAUJANA PUTRA, PUCHONG
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila menyatakan perkembangan membina Sekolah Kebangsaan di sebidang tanah rizab di Bandar Saujana Putra, Puchong untuk kemudahan penduduk- penduduk.
SK Saujana Putra telah dibida dalam RMK-10 dan juga dibawa ke RMK -11.
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk membina jua sebuah Sekolah Agama ditapak tersebut?
Kerajaan Negeri telah menyenaraikan pembangunan Sekolah Agama Bandar Saujana Putra dalam Rancangan Malaysia ke 10. Cadangan pembinaan tahun 2015.
-
Nyatakan lot tapak untuk pembinaan SK dan SK agama.
Lot tapak untuk SK dan SMK Bandar Saujana Putra adalah Lot 25543 Mukim Tanjung Dua Belas Daerah Kuala Langat No. Piawai 100.D
Bagi sekolah agama, Pemaju TCS Bandar Saujana Putra menyediakan tapak lot seluas 2.85 ekar. Persediaan dokumen pewartaan sedang disediakan oleh JAIS.