Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

46) MEMBINA RUMAH PAM UNTUK KAWASAN RENDAH

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat cadangan mewujudkan rumah pam bagi kawasan rendah untuk mengeluarkan air ke sungai berhampiran?

    Pembinaan rumah pam adalah bertujuan untuk mengepam limpahan air dari sungai bagi mengatasi masalah banjir khususnya di kawasan rendah. Di samping itu juga, ianya bertujuan untuk memastikan air pembuangan dari longkang atau parit dapat mengalir ke sungai atau laut dengan lancar dan

     

    Pembinaan rumah pam juga bergantung kepada lokasi dan kekerapan banjir yang berlaku di dalam kawasan yang mudah dinaiki air. Namun begitu, penyediaan pam mudah alih adalah memadai diletakkan di kawasan yang mengalami masalah banjir kilat. Walau bagaimanapun, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor sering melaksanakan kerja-kerja mengatasi masalah banjir seperti kerja-kerja pembersihan sistem saliran, perangkap sampah yang berada di jajaran sungai- sungai, pengorekan kelodak di dalam kolam-kolam tadahan hujan dan sebagainya.

  2. Adakah kerajaan negeri mewujudkan data kawasan yang kerap terkena banjir kilat di dalam negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor telah mewujudkan sistem pemantauan banjir bagi mengenal pasti kawasan mudah banjir di seluruh Negeri Selangor. Sistem ini juga merangkumi paparan bagi data- data lain seperti bacaan taburan hujan, paras air sungai, data stesen telemetri dan sebagainya. Sehubungan itu, pengemaskinian data ‘Hot Spot Banjir’ ini juga sentiasa dilakukan dari masa ke

  3. Apakah tindakan susulan terhadap masalah banjir kilat ini?

    Dalam menangani masalah banjir kilat ini, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor sentiasa menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas sistem saliran yang berada di bawah seliaan jabatan ini dengan merujuk kepada pelan perancangan tahunan seperti melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah sarap, menyelenggara kolam tadahan banjir, mengorek sistem saliran dan sebagainya bagi tujuan melancarkan aliran air keluar ke Selain itu juga,

     

    kajian-kajian secara terperinci berhubung pencegahan banjir sentiasa dilaksanakan bagi tujuan mengenal pasti punca-punca banjir dan memastikan perlaksanaan kerja-kerja tebatan banjir tersebut dapat dilaksanakan dalam kadar segera dengan menggunakan peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.