Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

193) MEMBINA PUSAT TRANSIT DAN PERLINDUNGAN KUCING MPAJ

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah pusat ini akan beroperasi dan apa kaitannya dengan usaha serta kempen untuk membasmi penderaan dan penganiayaan terhadap kucing?

    Cadangan lokasi Projek Pembangunan Pusat Haiwan (Kucing) ialah di sebahagian tanah lapang di Jalan UP 1/5, Ukay Perdana (berhadapan Restoran Hidayah Maju) dengan anggaran kos sebanyak RM500,000.00. Pusat perlindungan kucing ini beroperasi sebagai pusat kurungan sementara merangkumi aktiviti berikut:-

    1. program bersama dottor veterinar;
    2. program kucing angkat percuma;
    3. aktiviti amal;
    4. dijadikan sebagai hotel kucing dengan kadar sewaan yang berpatutan; dan juga
    5. promosi media massa dan sosial.

    Selain itu juga, pusat perlindungan ini akan menjadi lokasi pelancongan kepada penduduk Ampang Jaya serta pelancong luar kawasan terutama kepada peminat kucing dengan menyediakan kemudahan infrasruktur seperti wakaf dan peralatan permainan kanak-kanak.

     

  2. Apakah pusat ini akan menjadi pusat menjalan kaedah kembiri dan micro-chipping?

    Jawapan adalah sama seperti di atas

Lampiran

Tiada Lampiran.