Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

174) MEMBINA PUSAT PERLINDUNGAN ANJING TERBIAR MPAJ

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Gariskan parameter bagi pembinaan pusat ini di segi konsep, rekabentuk, kapasiti, lokasi, segala komponen kos yang terlibat, aktiviti, pegurusan dan pentadbiran serta penampilan imej.

    Cadangan Kerja-Kerja Pembinaan Pusat Tahanan Haiwan ( Anjing Terbiar)

    1. Tapak cadangan bagi kerja-kerja pembinaan Pusat Tahanan Haiwan ini adalah berkeluasan 2,023 meter persegi di atas Lot 43047 Jalan Kencana 20/1, Kawasan Perindustrian Taman Kencana, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
    2. Pusat ini akan menempatkan anjing-anjing terbiar yang telah ditangkap semasa operasi tangkapan dilakukan sebelum dilupuskan sekiranya tiada tuntutan dilakukan oleh pemilik anjing. Bagi anjing berpemilik dan berlesen, anjing akan disimpan selama 7 hari manakala anjing terbiar yang tidak berlesen akan disimpan selama 2 hari sahaja berdasarkan kepada Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan ( KPKT ).
    3. Pusat ini juga akan dijadikan sebagai lokasi bagi menjalankan program-program yang akan melibatkan penyertaan masyarakat seperti program spay and neuter program anjing angkat atau program-program lain yang berkaitan.
    4. Kos pembinaan yang telah diluluskan oleh Majlis adalah sebanyak RM 371,917.00.
    5. Terdapat 8 sel tahanan anjing akan dibina berkeluasan 1200 x 2400 meter persegi setiap satu yang boleh memuatkan 3-4 ekor anjing dewasa mengikut saiz bagi setiap satu sel.
    6. Pusat ini akan ditadbir urus oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar setelah siap dibina.
    7. Cadangan rekabentuk dan penampilan imej adalah seperti di lampiran.
  2. Nyatakan langkah-langkah bagi mendapatkan penyertaan masyarakat.

    Antara langkah–langkah bagi mendapatkan penyertaan masyarakat adalah  dengan menjalankan program-program seperti berikut:

    1. Program “Spay and Neuter”;
    2. Program anjing angkat (adoption);
    3. Program Kesederan / Pendidikan berkaitan pengurusan anjing yang baik;

    Penglibatan pemegang taruh seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, NGO yang berdaftar  atau Persatuan Pencinta Haiwan.

Lampiran

Tiada Lampiran.