Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
6) MEMBERDAYA GOLONGAN WANITA
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan penerima KISS secara keseluruhannya di Negeri Selangor dan pecahannya mengikut DUN?
Untuk makluman Yang Berhormat Permatang, program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri yang menyediakan manfaat yang dapat membantu memberdaya para ibu dalam menyokong ekonomi keluarga sekaligus mengukuhkan institusi kekeluargaan di dalam Negeri Selangor. Bilangan penerima KISS yang terkini sehingga 5 Ogos 2021 adalah 20,371 orang, iaitu 19,368 penerima KISS dan 1,363 penerima KISS Ibu Tunggal (KISS-IT). Bilangan penerima KISS berdasarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Negeri Selangor adalah seperti berikut :
Maklumat yang dinyatakan di dalam Jadual ini adalah berdasarkan kepada data terkini sehingga 5 Ogos 2021 dan masih belum mengambil kira data selepas proses pemutihan dan pemurnian data penerima KISS yang telah dilaksanakan oleh pihak DUN pada awal tahun 2021 ini.
-
Apakah langkah dan usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan taraf ekonomi wanita terutamanya golongan ibu tunggal?
Antara usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga di sepanjang tahun 2021 bagi meningkatkan taraf ekonomi wanita terutamanya golongan ibu tunggal di Selangor adalah seperti berikut :
- Penganjuran Program Ekspo Hasil Suri Selangor (HaSSel) Hybrid 2021 yang telah dijalankan secara virtual selama lima (5) hari bermula 24 sehingga 28 April 2021. Menerusi platform ini, golongan ibu tunggal di Selangor telah ditawarkan reruai virtual secara percuma bagi membolehkan mereka memperkenal dan menjual produk dan hasil tangan mereka serta membina jaringan bersama pelanggan dan pihak luar yang berpontensi mengembangkan perniagaan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negeri.
- Pelaksanaan pelbagai program kemahiran yang dijalankan oleh 56 Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN di seluruh Selangor untuk dimanfaatkan secara percuma oleh semua golongan masyarakat terutamanya golongan ibu tunggal yang ketika ini dilaksanakan secara online menerusi medium seperti Facebook dan Zoom. Pelbagai program kemahiran telah ditawarkan seperti bengkel pembuatan kek/ pastri/ kuih-muih, pembuatan kraftangan, menu-menu masakan dan banyak lagi yang boleh dipelajari oleh semua golongan masyarakat terutamanya golongan ibu tunggal dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang mampu membantu menjana pendapatan keluarga.