Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

122) MEMBENDUNG CAPAIAN MAKLUMAT NEGATIF DI ALAM MAYA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mencegah golongan belia daripada mengakses maklumat siber yang mengandungi unsur-unsur negatif yang boleh mendorong ke arah masalah sosial, seks, ketagihan bahan lucah dan jenayah?

    Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dalam membendung dan mengenal pasti laman- laman web yang boleh mendorong ke arah masalah sosial, seks, ketagihan bahan lucah dan jenayah. SKMM membuat sekatan ke atas laman-laman web tersebut dari diakses oleh rakyat terutama golongan belia di Malaysia dan pihak SKMM sentiasa mengemas kini senarai sekatan terhadap laman-laman web tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.